AS akan kaji semula dokumen serangan 11 September 2001

25

10 OGOS : Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat memutuskan untuk mengkaji semula dokumen berkaitan serangan 11 September 2001 dan melihat apa yang boleh dikongsikan kepada umum.

Dalam satu surat kepada Peguam Negara AS, badan penyiasat tersebut mengenal pasti maklumat yang sesuai untuk didedahkan kepada umum berhubung insiden yang berlalu 20 tahun lalu itu. 

Sehubungan itu, Amerika Syarikat (AS) memberi komitmen tentang perkara tersebut di mana ia adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang oleh saudara-mara mangsa tragedi dan negara lain yang dianggap mempunyai kaitan.

Pentadbiran AS sebelum ini menggunakan alasan kerahsiaan negara untuk tidak menerbitkan beberapa dokumen.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Presiden Joe Biden berkata, pentadbirannya komited untuk memastikan ketelusan maksimum mengikut undang-undang, dan mematuhi panduan yang ketat mengenai penggunaan hak rahsia negara.

Negara itu melakukan persiapan untuk memperingati ulang tahun ke-20 serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York; Pentagon, dan sebuah pesawat yang terhempas di Pennsylvania, dengan upacara yang diadakan di New York dengan kehadiran Biden.

Beberapa saudara mangsa dan anggota pasukan penyelamat mengeluarkan surat minggu lalu mengatakan Biden tidak akan diterima di upacara peringatan itu sehingga beliau memenuhi komitmennya.

Surat yang ditandatangani 1,700 ahli keluarga mangsa itu meminta pendedahan semua dokumen dan maklumat mengenai fokus siasatan kerajaan yang didakwa ada kaitan dengan Arab Saudi dalam kejadian berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.