SUA UMNO serah surat jawapan balas ke ROS

89

9 OGOS: UMNO hari ini menyerahkan surat jawapan balas kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung isu keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu, dikatakan tidak sah.

Surat jawapan berkenaan diserahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Jasri Kasim di Ibu Pejabat ROS di Putrajaya, tengah hari tadi.

Ahmad juga mengadakan perbincangan kira-kira sejam bersama Jasri dan beberapa pegawai ROS.

“Saya telah menemui Pendaftar Pertubuhan Tn Hj Jasri Kasim di Ibu Pejabat #ROS di #Putrajaya jam 12 tengah hari Isnin 9/8/21.

“Perbincangan sekitar sejam bersama beliau & pegawai-pegawai berjalan dengan baik dan mesra. Semoga ada keputusan yang memuaskan. Harap ahli & pimpinan #UMNO sabar menunggu,” katanya ciapan menerusi akaun Twitternya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan media melaporkan UMNO sedia mengemukakan surat jawapan balas kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Isnin ini, berhubung isu keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu, dikatakan tidak sah.

Ahmad dipetik sebagai berkata peguam UMNO berpandangan tiada kekhilafan berlaku di pihak parti itu walaupun beliau tidak memperincikan kandungan surat berkenaan.

“Setiausaha Agung UMNO akan memberi surat jawapan balas kepada Ketua Pengarah ROS (pada 9 Ogos 2021).

“Peguam UMNO telah dirujuk (berkenaan keputusan ROS) dan mereka menyatakan tiada sebarang kekhilafan di pihak UMNO,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Sebelum ini Jasri mengesah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.