23 lokaliti Kampung Orang Asli Perak dikenakan PKPD Rabu Ini

39

9 OGOS : Sebanyak 23 lokaliti di perkampungan Orang Asli (OA) di daerah Batang Padang, Perak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan berlakunya peningkatan kes.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, 18 lokaliti direkodkan terletak di perkampungan Mukim Batang Padang. 

Menurut beliau, kampung yang terlibat adalah Kampung OA Batu 6, Kampung OA Batu 14, Kampung OA Batu 16, Kampung OA Batu 17, Kampung OA Batu 18, Kampung OA Batu 19, Kampung Kenderong, Kampung SungainRensa dan Kampung Sungai Chendon. 

“Selain itu, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh dan Kg OA Batu 7 & Batu 7 ½, Sg Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake di mukim itu akan dilaksanakan PKPD. 

“Manakala lokaliti OA selebihnya akan dilaksana PKPD di Batang Padang adalah Kampung OA Sungai Lah di Mukim Chendering; Kampung Senta, Kampung Chang, Kampung Sanding di Mukim Bidor dan Kampung OA Menderam di Mukim Sungkai. 

“Selain daerah itu, Taman Meru 2B, Kinta di Perak juga akan dilaksana PKPD bermula 11 Ogos sehingga 24 Ogos ini,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Pada masa sama, Hishamuddin yang juga Menteri Luar mengesahkan kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lima lokaliti di Sabah serta Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan bermula Rabu ini. 

“Daripada jumlah itu, dua lokaliti tersebut adalah di Tawau iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan manakala selebihnya di Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Sarikan, Nabawan dan Kampung Kota Tuaran di Sabah,” katanya. 

Dalam pada itu, PKPD 18 lokaliti di empat negeri akan berakhir esok, seperti yang telah dijadualkan dan daripada jumlah tersebut, enam dicatatkan di kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah. 

Beliau berkata, lokaliti itu adalah Kampung Patikang Ulu, Kilang & Kuarters Focus Lumber, Kilang & Kuarters Veracity, Kilang & Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA serta penempatan warga Indonesia di perkampungan tersebut. 

“Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih Sipitang di Tawau juga akan ditamatkan PKPD manakala selebihnya di Sabah adalah di Kampung Mananam, Tongod; Kampung Kauran, Keningau; Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan; Kampung Mostyn Lama, Kunak; Kampung Tawadakan, Kota Belud; dan Kampung Madsiang, Penampang. 

“Selain di Sabah, PKPD yang akan ditamatkan iaitu Kampung Pagar Batu 6, Penjom, Lipis, Pahang; Kampung Telaga Tujoh, Labok,Machang, Kelantan dan FELDA Maokil, Muar, Johor. Pada masa sama, PKPD di tiga lokaliti di dua negeri akan ditamatkan. 

“Lokaliti itu adalah Sungai Klau dan Sungai Chalit di Raub di samping Tapak Bina IBN Highland di Genting Highlands, Bentong, Pahang dan di yang terakhir adalah Taman Kinarut Ria, Papar di Sabah,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.