Malaysia catat 210 kes kematian lagi

9

7 OGOS: Malaysia mencatatkan sebanyak 210 kematian hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10,389 kes.

Bilangan kes di unit rawatan rapi (ICU) pula ialah 1,097 dengan 575 kes memerlukan bantuan pernafasan daripada 224,120 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes sembuh pula ialah sebanyak 16,323 kes dengan jumlah kumulatif sebayak 1,009,343 atau bersamaan 81.15 peratus.

“Bilangan kes baharu ialah 19,257 dengan jumlah kumulatif 1,243,852 kes. Jumlah kes aktif ialah 224,120 merangkumi kes local iaitu 19,241 dan import 16 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.