Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

47

6 OGOS: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua Pemuda Amanah Nasional (PAN) Shazni Munir disahkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19 hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Setiausaha Pemuda PAN, Asim Abdullah menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi PAN.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali kerahmatullah sebentar tadi. Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” katanya.

Sebelum ini Shazni dirawat untuk COVID-19 dan beliau disenaraikan sebagai pesakit Kategori 5 kurang seminggu lalu.

Pada 19 Julai lalu, Shazni mengumumkan dirinya positif COVID-19, selepas mengalami demam panas dan sakit di seluruh badan.

Beliau kemudiannya dilaporkan dalam keadaan kritikal pada 24 Julai, manakala isteri dan anaknya turut disahkan positif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.