Agong cemar duli beri sumbangan kepada 10 keluarga di Rompin

50

6 OGOS : Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah mencemar duli berangkat mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang, semalam.

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Sultan Abdullah berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal.

Sultan Abdullah memberi bantuan kepada salah satu keluarga dalam ziarah Baginda terhadap 10 keluarga yang memerlukan di Kampung Gading, Rompin.
Sultan Abdullah menyantuni salah satu keluarga yang menerima sumbangan baginda.
Sultan Abdullah bertanya khabar salah seorang ahli keluarga penerima sumbangan Baginda yang sedang terlantar sakit.
Sultan Abdullah mengambil kesempatan beramah mesra dengan salah sebuah keluarga di kampung tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.