Penduduk New South Wales dirayu dapatkan suntikan vaksin COVID-19

10

5 OGOS : Ketua Pegawai Kesihatan New South Wales, Kerry Chant merayu rakyat dibandar tersebut  agar segera mendapatkan vaksin memandangkan kadar penduduk yang mengambil vaksin amat rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada jumlah populasi rakyat.

Menurutnya, kini Sydney memperlihatkan peningkatan kes jangkitan yang mendadak ekoran penularan varian delta walaupun perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan.

“Semalam, lima kes kematian dicatatkan, dengan empat daripadanya belum mendapat vaksin manakala seorang lagi sudah mendapat satu suntikan.

“Diharap sekarang adalah waktu terbaik bagi pertimbangan untuk rakyat mengambil vaksin dan bagi warga emas yang belum mendapatkan suntikan, saya merayu supaya buatlah janji temu,” katanya.

Perintah sekatan selama seminggu yang bermula hari ini di wilayah utara Sydney, Newcastle yang merupakan bandar kedua terbesar di negara itu selepas melaporkan sebanyak 259 kes baharu COVID-19 di Sydney daripada keseluruhan 262 kes di New South Wales.

Kes pertama varian Delta dikesan terhadap pemandu limusin yang tidak divaksin dan tidak memakai pelitup muka ketika membawa krew penerbangan mengakibatkan 4,300 kes dikesan dalam tempoh tujuh minggu selepas itu.

Kadar vaksinasi di Australia antara paling rendah dengan hanya 20 peratus daripada jumlah populasinya lengkap menerima vaksin.

Sehingga kini, kira-kira empat juta dos sudah diberikan kepada penduduk di New South Wales. Namun berlaku peningkatan senarai lokaliti baharu selepas beberapa kawasan dilawati pesakit COVID-19.

Kira-kira satu perlima kes yang dilaporkan ketika ini aktif dalam kalangan komuniti, di mana trend itu dilihat berlaku sejak beberapa hari lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.