49 negara dibenar lawat Arab Saudi sehingga 90 hari

37

5 OGOS: Arab Saudi telah membuka pintunya kepada para pelancong dari 49 buah negara termasuk Malaysia mulai 1 Ogos lalu.

Saudi Gazette pada Selasa melaporkan, pelancong boleh memperoleh visa elektronik untuk tempoh setahun sekali gus dibenarkan tinggal sehingga 90 hari di negara tersebut.

Syarat bagi mendapatkan visa pelancong itu dan memasuki Arab Saudi ialah vaksinasi penuh dengan salah satunya diluluskan di United Kingdom (UK) dengan hasil ujian negatif COVID-19 yang diperlukan dilakukan dalam tempoh 72 jam dari tempat berlepas dan pendaftaran dibuat di portal Muqeem.

Portal Muqeem menyediakan pendaftaran elektronik untuk para pelancong asing yang ingin melancong ke Arab Saudi.

Pelancong-pelancong boleh melakukan umrah dan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan dengan kegiatan pelancongan di Arab Saudi.

Para pelancong yang dibenarkan untuk mendapatkan visa pelancong itu ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Belanda, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Montenegro, Norway, Poland dan Portugal.

Pelancong-pelancong dari Romania, Rusia, San Marino, Slovakia, Slovenia, Ukraine, UK, Switzerland, Sepanyol, Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), Jepun, Kazakhstan, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Oceania, Australia dan New Zealand turut dibenarkan melawat Arab Saudi.

Dalam pada itu, rakyat Singapura mungkin akan hanya dapat mula menunaikan ibadah umrah menjelang akhir tahun ini atas beberapa faktor.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS), TM Fouzy, berkata, antara faktor yang perlu diambil kira ialah kebenaran daripada kerajaan Singapura yang belum membenarkan perjalanan ke luar negara selain daripada urusan perniagaan dan pendidikan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.