Label PM derhaka pada Agong tidak kena pada tempatnya

73

4 OGOS : Pihak yang ingin mencuba melebel Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menderhaka atau berpura-pura memihak kepada Yang di-Pertuan Agong adalah “unjuk dan sembah setia” yang tidak kena pada tempatnya.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia merupakan suatu kepura-puraan politik di samping tidak dipinta oleh Istana Negara kerana isu derhaka itu langsung tidak berbangkit sama sekali.

Menurut beliau, Perdana Menteri sentiasa mempunyai hubungan yang amat baik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di mana pada setiap hari Rabu, Muhyiddin tidak pernah gagal mendapat perkenan untuk mengadap Seri Paduka Baginda.

“Negara pula mempunyai Ketua Negara yg sangat prihatin soal pemerintahan dan rakyat.Baginda seorang Raja yg sangat berjiwa Rakyat.

“Menjadi amalan Perdana Menteri memulakan setiap mesyuarat kabinet dengan menyampaikan titah dan pandangan daripada Al-Sultan Abdullah. Seri Paduka Baginda banyak memberi pandangan dan sentiasa di terima pakai oleh Kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Tan Sri Annuar Musa

Annuar juga turut berkongsi foto pertemuan Seri Paduka Baginda bersama Muhyiddin pada pagi tadi dan mendedahkan bahawa Perdana Menteri sebelum itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 27 Julai dan 29 Julai lalu. 

Dalam pada itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu Perdana Menteri juga mempunyai barisan Kabinet yang berpengalaman dalam kabinetnya.

“Tidak sedikit kalangan anggota kabinet yanh mempunyai hubungan amat baik dengan Istana. Demikian bijaksana seorang yg lama berpengelaman sebagai Menteri Besar, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kini, Perdana Menteri. 

“Amat arif selok belok pentadbiran dan pentingnya menjaga hubungan dengan istana. Terkini,hubungan yang amat baik itu membolehkan setiap permasalahan dihadapi, dipandu, dinasihati dan diberi perkenan Seri Paduka Baginda. 

“Baginda kekal “apolitical”. Kekal memerintah dengan adil dan saksama. Patik sekelian menjunjung kasih. Negara berbangga punya Ketua Negara yang bijaksana. Daulat Tuanku, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.