nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan PN akan jatuh sekiranya berlaku dua perkara

4 OGOS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang sah kerana masih mempunyai sokongan sebahagian besar Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, kerajaan PN hanya akan jatuh jika berlaku dua perkara iaitu pertama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan perletakkan jawatannya.

Beliau berkata selagi Perdana Menteri tidak meletakkan jawatan maka tiada bukti menunjukkan kerajaan PN sudah jatuh kerana sehingga belum ada bukti kukuh menunjukkan pembangkang mempunyai sokong majoriti Ahli Parlimen mencukupi.

“Selagi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meletakkan jawatan maka beliau masih Perdana Menteri yang sah dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat beliau sewenang-wenangnya.

“Perdana Menteri hanya boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong jika beliau gagal dalam undi percaya atau tidak percaya yang dijangka berlaku di Parlimen pada bulan September ini.

“Oleh itu saya ingin tegaskan bahawa sepanjang tempoh ini Tan Sri Muhyiddin masih lagi berkuasa dan Perdana Menteri selagi beliau tidak meletakkan jawatan atau kalah dalam undi percaya atau tidak percaya,” katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Zainal menegaskan, biarpun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau sudah mempunyai bilangan ahli Parlimen mencukupi untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong beliau menjadi Perdana Menteri melalui akuan bersumpah (SD), namun ia tetap perlu dibuktikan di Parlimen.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Katanya, jika Anwar atau mana-mana Ahli Parlimen hanya menunjukkan SD sahaja tidak boleh diguna pakai untuk mengesankan Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil semua ahli Parlimen bagi mengesahkan jumlah sokongan terhadap individu berkenaan namun baginda tidak boleh memecat Perdana Menteri dalam Perlembagaan kecuali menerusi undi percaya atau tidak percaya di Parlimen.

“Justeru, biarpun sokongan ahli Parlimen terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri kini mungkin berkurangan namun kerajaan sedia ada masih sah walaupun sebagai kerajaan minoriti,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal menjelaskan UMNO kini sedang berpecah berikutan tindakan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri, semalam.

Bagaimanapun, Zainal berkata beliau difahamkan majoriti menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari UMNO sudah menyatakan bahawa mereka kekal bersama kerajaan dan masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Oleh itu, UMNO kini diambang pepecahan kerana hanya sebahagian kecil sahaja Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan dan majoriti daripada mereka memutuskan untuk kekal bersama kerajaan PN dan menyokong Muhyiddin.

Zainal mendakwa UMNO kini diambang perpecahan ekoran sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO yang bersetuju menarik sokongan kepada kerajaan PN

“Kebanyakan Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan adalah terdiri kumpulan Kluster Mahkamah atau penyokong tegar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sahaja manakala selebihnya memilih untuk kekal bersama kerajaan PN,” katanya.

Beliau berkata tindakan UMNO keluar daripada kerajaan PN mungkin akan menjadi senjata makan tuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 jika tidak mendapat restu pemimpin dan penyokong di peringkat akar umbi.

Berikutan itu, Zainal mencadangkan supaya UMNO bermuhasabah diri dan melakukan pembersihan dengan menyingkir semua pemimpin terbabit dengan skandal dan bermasalah seperti kluster mahkamah dengan mengadakan pemilihan atau mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mengembali semula sokong rakyat kepada parti itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.