Takiyuddin masuk hospital akibat sakit jantung

494

2 OGOS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Utusan Malaysia melaporkan, ia dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung Pas itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Lembah Klang iaitu Pusat Perubatan IHEAL, bersebelahan dengan Mid Valley, Kuala Lumpur.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama tiga jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat.

“Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai keluar esok,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.