Rakyat kecewa tindakan pemimpin pembangkang berarak

216

2 OGOS: Rakyat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang yang berarak ke Parlimen dari Dataran Merdeka ke Parlimen hari ini.

Luahan tersebut dilepaskan dalam komen-komen berkaitan artikel atau gambar berkaitan perarakan itu yang dikongsi mereka terutamanya di laman sosial Facebook.

Selain itu, tindakan itu dikhuatiri akan mencetuskan kluster baharu dalam suasana penularan pandemic COVID-19 masih tinggi di negara ini.

Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pemimpin dan pengikut mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut.

“Jika pemimpin mereka yang mengajar melanggar undang undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang sedang dikuatkuasakan, tak peliklah pengikut mereka yang membuta tuli melanggar peraturan sedia ada.

“Tindakan perlu dikenakan kepada siapa sahaja tanpa mengenal mereka pemimpin atau rakyat…tak dapat dibayangkan bagaimana rakyat akan terjaga dengan pemimpin yang gila kuasa di saat pendemik yang berterusan ini..

“Peraturan perlu dikuatkuasakan kepada mereka ini tanpa memilih di antara kita,” katanya dalam hantaran di Facebooknya (FB) hari ini.

Hari ini puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju semula ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Mereka berarak beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk yang meminta Perdana Menteri dan anggota Kabinet meletakkan jawatan.

Seorang pengguna laman FB, Noorazita Zakaria turut meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan pembangkang tersebut yang dilihat hanya berfikir dan bertindak demi kepentingan peribadi.

Katanya, berhimpun ketika kes COVID-19 mencanak naik dan di kawasan kes positif yang tinggi dikhuatiri akan memburukkan lagi pandemik di negara ini.

“Tolonglah hargai rakyat yang patuh SOP. Mereka patuh bukan nak naik jadi pemimpin politik tapi demi kerja, hubungan kekeluargaan, kesihatan…tolonglah politikus yang naik kerana undian rakyat, rakyat pun ada had sabarnya,” luahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.