Vaksin COVID-19 berkesan lawan varian Delta

64

1 OGOS: Vaksin COVID-19 berupaya memberi perlindungan yang mencukupi bagi melawan varian Delta, menurut pakar China.

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, Shao Yiming berkata, setakat ini, vaksin masih mampu mempertahankan keberkesanannya terhadap pelbagai varian baharu.

“Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di peringkat global, fenomena dijangkiti semula selepas divaksin lazimnya dikenali sebagai kes bulus, suatu perkara yang biasa. Ia membabitkan jumlah yang amat kecil berbanding penerima vaksin yang melebihi tiga bilion dos di seluruh dunia.

“Vaksin COVID-19 pertama kali diguna pakai, jadi data mengenainya masih dikemas kini dengan penyelidikan dan ujian klinikal. Tiada vaksin seratus peratus kebal terhadap jangkitan virus,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau turut menegaskan, program inokulasi dan langkah kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan secara bersepadu antara cara paling berkesan untuk membendung penularan wabak.

Di China, penularan wabak COVID-19 membabitkan varian Delta berpunca daripada kluster di lapangan terbang Nanjing, telah merebak ke 14 wilayah dengan peningkatan mendadak kes jangkitan tempatan sebanyak 328.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.