Malaysia catat 160 kematian COVID-19

20

1 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 160 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian setakat ini 9,184 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes baharu ialah 17,150 dengan terdapat kes 195,273 aktif dengan 1,059 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 531 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini ialah 1,130,422 manakala, kes sembuh pula sebanyak 11,326 dengan 925,965 jumlah kumulatif.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,326 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Penang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5).

Hisham berkata, 160 kes kematian melibatkan 55 kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (25), masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, 10 kes di Melaka dan Kedah, Pahang (8), di Sabah (7), Pulau Pinang (6), masing-masing empat kes di Kelantan dan Perak serta Terengganu (3).

NOOR HISHAM

“Kes kematian itu membabitkan 123 warganegara dan 20 orang bukan warganegara,” katanya.

Bagi kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia, Hisham berkata setakat 31 Julai, nilai RT negara adalah sebanyak 1.10.

Ujarnya, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47) dan Terengganu (nilai RT 1.42) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.