Tiga negeri catat peningkatan kes mendadak

18

30 JULAI: Walaupun jumlah kes baharu positif harian COVID-19 mengalami penurunun hari ini berbanding semalam apabila mencatatkan 16,840 dalam tempoh 24 jam lalu, namun tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Sabah mengalami peningkatan mendadak dengan merekodkan lebih 1,000 kes hari ini.

Selangor masih penyumbang tertinggi biarpun jmemperlihatkan penurunan kes sebanyak 6,092 kes berbanding 7,163 semalam, begitu juga dengan Kuala Lumpur yang sebanyak 2,114 berbanding 2,138 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya, berkata dengan pertambahan itu jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 Malaysia setakat ini menjadi 1,095,486 kes.

“Perlis hari ini mencatatkan sebanyak 11 kes walaupun pernah berada berada dalam zon selesa selepas merekodkan sifar kes dalam beberapa hari.

“Bagaimanapun, jumlah kes Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 16,840 hari ini kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.