Satelit komersial boleh diprogram semula dilancar

23

30 JULAI: Agensi Angkasa Eropah (ESA) mencipta sejarah baharu hari ini apabila melancarkan satelit komersial pertama di dunia yang boleh diprogramkan semula sepenuhnya.

Berbeza dengan model konvensional yang direka dengan kabelnya berada di bumi dan tidak boleh diubah suai ketika di orbit, Eutelsat Quantum (Quantum) direka berasaskan perisian teknologi membolehkan pengguna menyesuaikan komunikasi ikut keperluan masing-masing.

“Satelit ini mudah untuk disesuaikan mengikut permintaan pelanggan akan memberikan kami lebih prospek.

“Sekiranya pelancaran satelit itu berjaya, pengeluarannya akan dibuat secara besar-besaran, berbanding untuk kegunaan tunggal seperti yang dibuat sebelum ini,” kata Pengarah Telekomunikasi dan Aplikasi Agensi, Elodie Viau.

Ia akan menjadi sebahagian daripada muatan roket Ariane 5 yang dilancarkan hari ini dari Pusat Angkasa Guiana di Amerika Latin antara jam 21:00 dan 22:30 GMT.

Disebabkan satelit itu boleh diprogramkan semula ketika mengorbit dalam posisi tetap 35,000 kilometer (km) di atas bumi, Quantum boleh bertindak balas terhadap perubahan dan menyediakan komunikasi selamat sepanjang hayatnya iaitu selama 15 tahun, kata ESA.

Quantum akan turut meliputi kawasan geografi yang besar dari Afrika Barat hingga Asia selama 15 tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.