Hukuman lebih berat pesalah jenayah permerdagangan manusia

26

30 JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak tolak kemungkinan perkenalkan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah pemerdagangan manusia termasuk penjara seumur hidup.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah berkenaan adalah bagi mencerminkan komitmen kerajaan dalam membanteras kegiatan ini.

Hamzah berkata, tindakan itu perlu kerana kegiatan pemerdagangan orang adalah sama seperti amalan perhambaan moden, yang menafikan kebebasan, maruah serta hak asasi berjuta-juta mangsa di seluruh dunia.

“Bagi memastikan jenayah ini dapat ditangani secara serius, kerajaan akan terus menjayakan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang Tahun 2021-2025 (NAPTIP 3.0) yang dilancarkan Mac lalu.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

“Berdasarkan statistik, sebanyak 1,854 kes yang melibatkan 10,463 mangsa direkodkan dalam negara dengan 70 peratus mangsa adalah terdiri dalam kalangan wanita dan kanak-kanak, sejak 2015. Bagaimanapun, semua mangsa diselamatkan dan diberikan perlindungan mengikut lunas perundangan sedia ada,” katanya sempena majlis pelancaran Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2021 secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, kerajaan juga bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Project Liber8 membangunkan satu platform yang dikenali sebagai Chatbot MAPO.

Katanya, platform yang beroperasi setiap hari membolehkan mangsa menjadikan ia satu saluran untuk membuat aduan dengan mudah.

Beliau berkata kemudahan berkenaan juga mempunyai enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Indonesia, Burma, Nepal dan Bengali yang membolehkan lebih ramai mangsa tampil untuk membantu kerajaan.

“Usaha ini adalah bagi membantu golongan rentan yang mudah terpengaruh dan terpedaya dengan janji palsu sindiket pemerdagangan orang sehingga menyebabkan mereka menjadi m

Get real time updates directly on you device, subscribe now.