Duterte larang individu belum divaksin keluar rumah

21

30 JULAI: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melarang mereka yang belum mengambil suntikan vaksin COVID-19 keluar rumah.

Penyataan tegas itu dibuat berikutan negara tersebut bergelut dengan peningkatan kes jangkitan yang diakibatkan oleh varian Delta.

“Mereka yang tidak mahu divaksinasi, saya memberitahu nnda, jangan keluar rumah. Jika anda melakukannya, saya akan memberitahu polis untuk membawa anda pulang.

“Anda akan dikawal kembali ke rumah sebab anda penyebar virus,” tegas Duterte dalam pernyataannya.

Sebanyak 1.6 juta kes jangkitan COVID-19 direkodkan di Filipina, sekali gus menjadikan negara itu sebagai negara Asia Tenggara kedua paling banyak merekodkan kes jangkitan koronavirus selepas Indonesia.

Selain itu, Duterte meminta para pejabat daerah untuk memeriksa status vaksinasi warganya dan memberikan peringatan agar tidak berkeliaran.

Tegas Duterte, semua pihak perlu bekerjasama dan saling bertolak ansur sekiranya mahu Filipina bebas wabak berkenaan.

Katanya, golongan yang belum divaksin hanya menambah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negara ini.

“Adakah kita perlu tunggu lebih ramai mati baru kita nak sedar yang keadaan ketika ini sangat serius?” soal Duterte.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.