47 kluster baharu dikesan seluruh negera

17

30 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 47 kluster baharu COVID-19 dikesan di seluruh negara termasuk lapan daripadanya dilaporkan di Kelantan.

Lapan kluster baharu dikesan di Kelantan ialah Kluster Geting Pondok; Kluster Kg Hj Saman; Kluster Sungai Durian; Kluster Kg Chengal Ketereh; Kluster Kg Pantai Baru Melawi; Kluster Kg Wek Batu 23; Kluster Jalan Mahmood; Kluster Jalan Che Su.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lebih daripada separuh kluster atau 24 kluster dikesan hari ini adalah membabitkan tempat kerja, 17 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster pendidikan dan satu kluster keagamaan.

Beliau berkata dengan pertambahan itu jumlah keseluruhan kluster COVID-19 dikesan di seluruh negara setakat ini adalah 3,651 kluster termasuk 2,559 sudah tamat dan 1,092 kluster masih aktif.

“Berdasarkan data terkini pada 29 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.15. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27), dan Sabah (nilai RT 1.22).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.