Tentera bantu polis Sydney kuat kuasa perintah berkurung

27

29 JULAI: Polis New South Wales meminta bantuan pasukan tentera bagi melaksanakan perintah berkurung ketika kadar jangkitan di Sydney mencatat kes harian tertinggi pada Khamis.

Jurucakap polis, Mick Fuller berkata, sebanyak 300 anggota tentera dikerah bagi menjayakan perintah berkurung yang dijalankan.

Pihak berkuasa Sydney melanjutkan perintah berkurung sebulan lagi sehingga hujung Ogos selepas kes jangkitan dilihat tiada tanda penurunan.

Arahan duduk di rumah dilihat gagal mengurangkan kadar jangkitan di bandar raya yang dihuni lima juta orang itu.

Sehubungan itu, penduduk hanya dibenarkan keluar rumah untuk bersenam, melakukan kerja penting, perubatan dan berbual dengan rakan.

Polis turut mengenakan saman kepada penduduk yang ingkar arahan.

Sydney mencatat kes baharu jangkitan COVID-19 pada Khamis dengan 239 kes dengan jumlah keseluruhan 2,810 kes.

Dengan hanya 14 peratus populasi Australia menerima vaksin, ramai pakar memberi amaran bahawa perintah berkurung itu akan berlarutan beberapa bulan lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.