PKPD di beberapa lokaliti di 6 negeri, Sabtu ini

20

29 JULAI: Beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini.

 Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PKPD itu akan berakhir pada 13 Ogos ini.

“PKPD itu akan dilaksanakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, antara lokaliti yang terbabit di Sabah ialah Kampung Lembah Permai Kampung Pugi Gunsapou, Ranau; Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis, Keningau; Kampung Marintaman, Sipitang; Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong, Telupid serta Kampung Airport Lama, Tawau.

“Lokaliti di Kelantan, Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, manakala di Terengganu di Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Kemaman.

“Di Pahang pula, Apartment Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong dan FELDA Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

“Perak pula di Kampung Biak Hilir, Mukim Bandar dan Kampung Biak Darat, Kampung Biak Baroh serta sebahagian Kampung Pasir Salak, Mukim Pasir Salak, manakala Kedah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.