Nahas MRT3 Bukit Tinggi, mangsa terperangkap

16

29 JULAI: Lima mangsa terbabit dan seorang dipercayai masih tertimbus dalam kejadian runtuhan perencah besi struktur pembinaan projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa 3 (MRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua lima mangsa pekerja asing warga Bangladesh itu, empat mangsa sudah diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dan runtuhan berkenaan.

“Kita menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan tiba di lokasi 2.58 petang.

“Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dan seorang mangsa masih tertimbus oleh runtuhan besi dan pihak bomba masih dalam operasi mengeluarkan mangsa.

“Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.