Fahmi cuba kelirukan orang ramai jaminan Menteri Kesihatan

199

28 JULAI: Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sengaja mahu mengelirukan orang ramai berhubung jaminan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa  tidak akan mengenakan apa-apa tindakan terhadap sekumpulan doktor kontrak yang melakukan solidariti aman semalam.

Fahmi sengaja membangkitkan persoalan itu dengan merujuk laporan sebuah portal bahawa polis mengambil keterangan daripada doktor, jururawat dan petugas perubatan di Pusat Kuarantin COVID-19 di Maeps Serdang sehingga malam tadi.

“Saya ingin minta penjelasan Menteri Kesihatan sama ada kenyataan semalam bagi pihak seluruh kerajaan, atau hanya kepada Kementerian Kesihatan atau bagi pihak beliau sendiri.

Kenapa masih ada tindakan terhadap doctor-doktor yang keluar dalam Hartal Doktor Kontrak semalam,” katanya semasa mencelah di Dewan Rakyat, pagi Rabu.

DR ADHAM BABA

Dr Adham ketika dihubungi PNBBC Portal menjelaskan, Kementerian Kesihatan memang tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka terbabit dan arahan mengenai perkara itu sudah diberikan.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Kesihatan tidak dapat menghalang urusan pihak berkuasa lain berhubung perkara itu kerana laporan tidak datang daripada pihak kementerian.

Beliau menyifatkan apa dibangkitkan Fahmi hanya untuk mengelirukan orang ramai berhubung keputusan diumumnya semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.