DBKL sita barang niaga warga asing ingkar arahan

42

28 JULAI : Sikap degil peniaga asing yang ingkar arahan mengosongkan tapak membuatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa bertindak menyita peralatan niaga lima warga asing di bahu jalan dan kawasan awam di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya merampas 25 barangan dan peralatan perniagaan termasuk khemah, gerai, kerusi plastik, payung, dulang besi serta dapur, selain pasport dan telefon bimbit milik warga asing  dari Thailand dan Indonesia yang melarikan ketika tindakan sitaan dilakukan.

Semua barangan berkenaan ditempatkan di stor DBKL di Jalan Lombong, Cheras untuk proses penyimpanan dan dokumentasi menurut DBKL melalui kenyataan itu.

Kata DBKL lagi, tindakan sita dan rampasan barang mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016 serta Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kita akan meneruskan tindakan itu dari semasa ke semasa mengikut bidang kuasa, peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

“Warga kota diminta untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan naklumat dan aduan kepada pihak DBKL melalui
http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.