17,407 kes rekod harian tertinggi baharu COVID-19

11

28 JULAI: Kes harian positif COVID-19 mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sudah mencecah 1,061,476 kes.

Beliau yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata Selangor merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.