ROS, LHDN perlu siasat kutipan dana Syed Saddiq

108

Dalam parlimen kelmarin, YB Syed Saddiq menuntut supaya kerajaan memperkenalkan “windfall tax” atau cukai durian runtuh kepada beberapa syarikat. Desakan beliau dijawab dengan tenang oleh YB Menteri Kewangan.

Tetapi sebenarnya Syed Saddiq sendiri perlu jujur apabila bercakap mengenai cukai dan dana.

Sehingga hari ini dia belum menjawab tuduhan bahawa ada dana parti yang diseleweng masuk ke akaun peribadi pada tahun lepas.

Sekarang pula Saddiq giat mengumpul wang daripada rakyat atas pelbagai alasan. Saddiq perlu menjelaskan adakah jutaan ringgit yang dia kumpul itu adalah dana politik, dan apa kawalan yang ada atas perbelanjaan dana itu.

Noor Firdaus Hashim

Terkini, Saddiq dikatakan mengumpul dana melalui sebuah NGO bernama Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka. Dikatakan bahawa NGO ini pernah digunakan oleh YB Dr Maszlee Malik untuk mengutip dana.

Saya minta Pendaftar Pertubuhan segera menyiasat adakah NGO ini dibenarkan mengumpul dana untuk tujuan politik. Tambahan lagi, adakah NGO ini boleh mengutip dana untuk membayar yuran guaman dan ikatjamin orang kena tuduh di mahkamah?

Saya minta juga Lembaga Hasil Dalam Negeri menyiasat adakah wang yang dikumpul oleh Saddiq tertakluk kepada cukai. Apa klasifikasi sebenar wang yang dikutip oleh Saddiq untuk membayar perbelanjaan peribadi dia di mahkamah?

NOOR FIRDAUS BIN HASHIM
KETUA ARMADA
BERSATU KUBANG PASU
27 JULAI 2021

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4289877784394125&id=100001158366760

Get real time updates directly on you device, subscribe now.