Junta Myanmar batal keputusan pilihanraya umum 2020

43

27 JULAI: Junta tentera Myanmar membuat keputusan pilihan raya umum 2020 yang dimenangi parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi sebagai ‘tidak bebas dan adil’, kerana menemui 11 juta kes penipuan pilihanraya.

Justeru, Junta Myanmar memgumumkan membatalkan keputusan pilihanraya 2020 selepas enam bulan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi itu digulingkan menerusi rampasan kuasa.

Pengerusi suruhanjaya itu, Thein Soe, berkata NLD cuba merampas kuasa kerajaan negeri yang dipegang parti selain NLD manakala calonnya menyalahgunakan sekatan COVID-19.

Menurutnya, pilihan raya 2020 tidak dijalankan secara adil, itulah sebabnya keputusan pemilihan ini dibatalkan,” katanya tanpa mengulas bila pemilihan semula akan diadakan di negara dengan 54 juta penduduk itu.

Junta tentera sebelum ini berkata, pemilihan baharu akan diadakan dalam tempoh dua tahun tetapi turut mengugut mahu membubarkan NLD.

Suu Kyi ditahan sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu dan menghadapi beberapa tuduhan mahkamah termasuk melanggar sekatan coronavirus hinggalah mengimport ‘walkie talkie’ secara haram, yang menyebabkannya dipenjara lebih 10 tahun.

Myanmar kecoh sejak rampasan kuasa itu dengan lebih 900 orang dilaporkan terbunuh dalam tunjuk perasaan yang diadakan hampir setiap hari, menurut kumpulan aktivis Persatuan bantuan Tahanan Politik.

NLD menyaksikan sokongan kepada mereka meningkat tahun lalu berbanding pada pilihan raya umum 2015.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.