JPA luluskan 278,023 perjawatan tetap KKM setakat 31 April

48

27 JULAI  : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan sebanyak 278,023 perjawatan tetap kepada Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 31 April lalu, demikian menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut beliau, selain itu, JPA juga telah meluluskan lebih 40,000 pelantikan secara kontrak turut diluluskan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.3 bilion.

Beliau mewakili KKM merakamkan penghargaan kepada pihak yang terbabit dalam meluluskan perjawatan dan pelantikan sumber manusia di KKM.

Beliau menjekaskan demikian dalam sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan emolumen kepada pegawai di KKM yang kini berjumlah lebih RM18 bilion (63 peratus daripada peruntukan belanja mengurus KKM) .

Get real time updates directly on you device, subscribe now.