Ganggu bacaan Al-Fatihah, MP pembangkang perlu minta maaf

377

27 JULAI: Pemimpin pembangkang khususnya Ahli-Ahli Parlimen DAP perlu ‘belajar’ menghormati majlis serta tidak bersikap biadap. 

Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) , Datuk Shabudin Yahaya berkata. beliau kecewa dengan tindakan beberapa wakil rakyat DAP yang mengganggu serta menjerit ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan Al-Fatihah kepada semua mangsa COVID-19 pada persidangan khas Parlimen, semalam. 

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menegaskan tindakan mereka ini amat keterlaluan dan memalukan serta tidak boleh dibiarkan berlarutan

Sehubunga itu, Shabudin menggesa ahli parlimen terbabit memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia.

“Tindakan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP. Mereka terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri.

“Mereka langsung tak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan bertafakur serta membaca Al-Fatihah kepada mangsa COVID-19. 

“Inilah perangai sebenar pemimpin DAP yang biadap sehingga tidak tahu ormati majlis,” katanya menerusi kenyataan kepada PNBBC Portal, hari ini.

Semalam, Muhyiddin membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) melalui Sesi Penerangan Menteri pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada jam 11.30 pagi.

Pembentangan itu dimulakan dengan Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jangkitan COVID-19 yang meninggal dunia.

Perdana Menteri turut mengajak Ahli Parlimen bertafakur seminit dan bagi orang Islam disedekahkan bacaan Al-Fatihah namun acara bertafakur itu diganggu beberapa ahli Parlimen pembangkang yang bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat membantah penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyudin Hasan berhubung proklamasi darurat – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.