Tiada permohonan 4 MP UMNO tukar tempat duduk

37

27 JULAI : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan berita sebuah portal yang mendakwa beliau tidak membenarkan empat Ahli Parlimen UMNO untuk bertukar tempat duduk.

Azhar dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada empat Ahli Parlimen yang disebut dalam laporan portal itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada tiga Ahli Parlimen berkenaan, selain Tengku Razaleigh.

“Saya menganggap laporan berita tersebut merupakan satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Portal tersebut melaporkan, empat Ahli Parlimen itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah ( Gua Musang), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh) , Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Datuk Nazlan Idris (Jerantut)..

Azhar sebelum ini mengesahkan beliau telah menerima surat permohonan pertukaran tempat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sepatutnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.