Azalina minta MP ganti tugas beliau

407

27 JULAI: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman, yang ‘berang’ dengan sikap ahli parlimen pembangkang enggan mendengar petuanya meminta mereka menggantikannya.

ini ekoran beberapa ahli parlimen pembangkang terus mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan supaya segera menjawab persoalan sama ada penarikan pelbagai Ordinan Darurat mulai 21 Julai lalu, sudah perkenan Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen BN-Pengerang mencadangkan kepada ahli Parlimen PH supaya berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat jika mahu isu berkenaan dijawab oleh Takiyuddin hari ini

Datuk Azhar Azizan Harun semalam membuat petua meminta Menteri di JPM itu memberi penerangan mengenai pelaksanaan Proklamasi Darurat pada Isnin ini.

Azalina menegaskan Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen PAS-Kota Bharu tidak boleh menjawab soalan berkenaan hari ini kerana akur dengan ‘rulling’ dibuat Speaker.
“Kalau masih tidak puas hati tentang kompaun, pergilah menghadap Speaker. Menteri akan ikut arahan Speaker. Saya kena teruskan dengan penerangan dari Menteri Kesihatan.

“Kalau tidak, Yang Berhormat gantilah saya menjadi Speaker,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin yang berada di dalam Dewan kemudian bangun dan menjelaskan beliau akan tetap menjawab semua penjelasan mengenai perkara itu pada Isnin ini.

“Kita ada peraturan, Speaker, Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, saya tertakluk kepada Speaker untuk memberi penjelasan pada Isnin ini,” katanya dalam pencelahannya.

Dewan Rakyat semalam dimaklumkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini dan sudah menarik balik semua Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.

Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan. Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.