Amerika Syarikat kekal sekatan masuk pengembara antarabangsa

21

27 JULAI : Perintah sekatan masuk ke Amerika Syarikat oleh pengembara antarabangsa dikekalkan susulan peningkatan kes COVID-19 varian Delta.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, walaupun wujud tekanan dalam kalangan negara Eropah, Amerika kekal dengan larangan itu kerana peningkatan kes varian Delta masih membimbangkan.

Menurutnya, trend peningkatan kes coronavirus ini dijangka berterusan untuk beberapa minggu lagi, dengan mereka yang belum divaksin menghadapi risiko tinggi.

AS menyekat kemasukan pengembara dari Kesatuan Eropah (EU), Britain, China dan Iran sejak lebih setahun lalu susulan pandemik COVID-19 dan kemudian menambah negara lain seperti Brazil serta India dalam senarai itu.

Jun lalu, EU mula membenarkan kemasukan pengembara dari AS dan negara lain yang mempunyai pengesahan sudah divaksin atau diuji negatif bagi coronavirus.

Keputusan itu dibuat selepas menerima tekanan daripada Greece, Sepanyol dan Itali yang ekonominya banyak bergantung kepada pelancongan, selepas hampir setahun sektor itu terjejas teruk.

Pemimpin EU meminta AS bertimbang rasa berhubung perkara itu dan Presidennya, Joe Biden, pada 15 Julai lalu berkata ‘keputusan akan dibuat dalam beberapa hari’, selepas mendengar rayuan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.