16,117 kes baharu, angka kedua tertinggi setakat ini

22

26 JULAI : Malaysia hari ini mencatatkan angka kedua tertinggi kes jangkitan COVID-19 baharu apabila sebanyak 16,117 lagi kes baharu dikesan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook rasminya,  angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia meningkat kepada 1,044,071 kes.

“Selangor terus kekal menjadi penyumbang tertinggi kes dengan 6,616 kes jangkitan, sedikit meningkat berbanding semalam.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan peningkatan kes sebanyak 2,457 berbanding 1,425 kes semalam. 

” Kedah pula menjadi negeri ketiga tertinggi dengan 1,000 kes baharu hari ini dengan sedikit penurunan berbanding 1,160 kes yang dilaporkan semalam,” ujarnya.

Manakala tiga negeri yang mencatatkan kes jangkitan paling rendah ialah Perlis iaitu sebanyak 2 kes, Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 11 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula sebanyak 122 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.