Zionis lancar serangan udara terhadap Gaza sasar tempat latihan HAMAS

13

26 JULAI : Rejim Zionis melancarkan serangan udara terhadap Gaza selepas mendakwa beberapa belon api telah dilepaskan pejuang Palestin mengakibatkan kebakaran di beberapa wilayah di Israel.

Serangan Israel tersebut menyasarkan sebuah kawasan terbuka di utara Gaza dan lapangan latihan pejuang milik Hamas di selatan Khan Yunis.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kedua-dua belah pihak setakat ini

Sebelum ini, Israel juga bertindak memotong keluasan zon penangkapan ikan di wilayah pesisir yang dikenakan sekatan itu.

Dalam satu kenyataan, rejim Zionis mendakwa, keputusan itu dibuat susulan pelancaran belon api secara berterusan dari Semenanjung Gaza ke arah jajahan Israel.

Israel turut mendakwa Hamas bertanggungjawab atas semua aktiviti dan tindakan dari Semenanjung Gaza yang ditujukan terhadap Israel, justeru kumpulan pejuang itu akan menanggung akibatnya.

Dalam konflik selama 11 hari pada Mei lalu, Israel melancarkan ratusan serangan udara terhadap Gaza, manakala Hamas pula melancarkan ribuan roket ke atas jajahan Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.