Sikap pembangkang umpama kera mendapat bunga di Dewan Rakyat

104

26 JULAI: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata sifat sebenar wakil rakyat pembangkang umpama ‘kera mendapat bunga’ terserlah dalam sesi  sidang khas Parlimen yang bermula hari ini.

Wan Saiful berkata, adalah lebih baik sidang khas Parlimen digunakan untuk mendengar pembentangan kerajaan dan memberi cadangan demi kebaikan rakyat.

Beliau berkata, sekarang bukan masa untuk bersaing antara ahli Parlimen sebaliknya masing-masing perlu menggunakan sesi ini dengan sebaik-baiknya demi rakyat.

“Belum sampai satu jam Parlimen bersidang, perangai sebenar pembangkang  terserlah. Kita jangan lupa, dulu semasa PH (Pakatan Harapan) pegang kerajaan, mereka potong atau hapuskan banyak bantuan. Bila rakyat minta, mereka kata kerajaan tak ada duit.

Datuk Wan Saiful Wan Jan

“Ingat lagi RM30 kerajaan PH  bagi? Masa kerajaan banyak duit, dia bagi RM30. Masa kewangan kerajaan terhad sekarang ni, agaknya berapa yang dia nak bagi? RM30 lagi?

“Lebih buruk, apabila kerajaan sekarang nak bentangkan dalam Parlimen rancangan penuh untuk bantu rakyat, mereka cuba sedaya upaya untuk ganggu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, kerajaan sudah membuka  pintu untuk pembangkang menyumbang dan bersetuju melantik pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara.

Malah, peruntukan bantu rakyat pun kerajaan dah bagi kepada pembangkang. Kalau semua ini disambut dengan baik dan PH tunjuk kesediaan bekerjasama dengan kerajaan, manfaatnya untuk rakyat juga nanti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.