Shahidan persoal ke mana pembangkang salur RM300 ribu

279

26 JULAI: Ahli Parlimen BN-Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, mempersoalkan ke manakah peruntukan RM300,000 disalurkan kepada Ahli Parlimen Pembangkang dibelanjakan.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), berkata semua ahli Parlimen menyokong kerajaan dan pembangkang diberikan peruntukan RM300,000 oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Shahidan berkata beliau tidak pasti sama ada Ahli Parlimen pembangkang menggunakan peruntukan berkenaan untuk membantu rakyat atau sebaliknya.

“Saya dapat peruntukan RM300,000, Ahli Parlimen pembangkang pun dapat RM300,000 tetapi saya tak pasti apa yang mereka buat dengan wang berkenaan.

“Saya membelanjakan peruntukan RM300,000 berkenaan untuk membantu 6,000 keluarga penduduk di Parlimen Arau. Jadi saya ingin bertanyakan dengan wakil rakyat pembangkang ke manakah peruntukan berkenaan dibelanjakan?” katanya ketika
menyampaikan pandangannya ketika sesi penerangan mengenai PPN dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen di sini, sebentar tadi.

Kenyataan Shahidan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Sepang, Hanifa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Sementara itu, Ahli Parlimen GPS-Sibuti, Lukanisman Awang Sauni banyak vaksin ke Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Proklamasi Darurat tamat pada 1 Ogos nanti.

Lukanisman Awang Sauni

Lukanisman berkata tindakan itu perlu kerana selepas 1 Ogos ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terbubar secara automatik berikutan penamatan darurat.

Berikutan itu, rakyat Sarawak dijangka berdepan dengan PRN dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan.

“Saya secara peribadi melihat proses vaksinasi di Sarawak adalah amat baik dan mencapai satu angka amat membanggakan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan biarpun kerajaan negeri mahu membeli sendiri bekalan vaksin untuk rakyat Sarawak.

“Malah, Menteri bertanggungjawab amat prihatin dan menghantar bekalan vaksin diperlukan oleh rakyat Sarawak. Walaupun Sarawak mungkin boleh beralih ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun saya agak bimbing jika PRN Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas 1 Ogos 2021, kita akan berdepan dengan penularan jangkitan COVID-19.

“Keadaan itu menjadi lebih teruk dengan kemunculan varian Delta di beberapa kawasan di Sarawak termasuk di Sibuti dan Miri,” katanya yang berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi memastikan PRN Sarawak tidak diadakan dalam masa terdekat.

Beliau juga membangkitkan isu kenapa kebanyakan sekolah masih ditutup biarpun lebih 70 peratus guru dan kakitangan sekolah di Sarawak sudah lengkap divaksinasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.