Pembangkang buat kecoh, ganggu Tengku Zafrul Bentang PPN

161

26 JULAI: Ahli Parlimen Pembangkang bersikap seperti “kebudak-budakan” apabila membuat kecoh semasa Menteri Kewangan, yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bangun menjawab, pada sesi penggulungan mengenai PPN.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun membantah apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Tengku Zafrul menggulung, selepas selesai perbahasan mengenai PPN yang menyebabkan perbincangan mesyuarat tertangguh selama 10 minit.

Antara yang kuat membantah adalah Ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen PKR Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer yang berterusan mahukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan kepada isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen, selepas beliau menyampaikan penerangan mengenai PPN, pagi tadi.

Malah mereka turut mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob yang menjawab persoalan tersebut dan akhirnya ahli-ahli Parlimen Pembangkang terdiam dan cuba menukar topik apabila menerima penjelasan daripada Ahli Parlimen BN Bera itu.

“Tajuk yang kita bincang hari ini adalah PPN. Tapi (Ahli Parlimen) sudah bercakap soal darurat, Perlembagaan, yang keluar daripada tajuk yang dibincangkan. Pembentangan tajuk PPN, faham? Ia mengenai PPN dan bukan soal darurat. 

“Jadi, Menteri Kewangan ialah Menteri Penyelaras PPN, sebab itu beliau yang menjawabnya. Menteri Kewangan yang tahu jawapannya. Jadi, kita serahkan kepada beliau kerana tajuk adalah PPN,” katanya sebelum sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan berkenaan PPN di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul ketika sesi penggulungan memaklumkan PPN turut memberi fokus kepada program vaksinasi supaya dapat mengurangkan kes bergejala dan tekanan terhadap kapasiti hospital kerajaan.

“Setakat 24 Julai Malaysia telah merekodkan kadar vaksinasi tertinggi dengan rekod sebanyak 507,050 dos dan setakat 25 Julai telah memberi vaksinasi lengkap sebanyak 55 peratus penduduk seiring Sarawak menunjukkan penurunan ketara dalam kes COVID-19.

“Selain itu, kita juga telah memberi peruntukan RM210 juta kepada hospital swasta di mana kalau kita lihat apa berlaku sekarang di negeri lain, ia dapat menolong kapasiti yang agak tertekan di hospital kerajaan yang masih dalam fasa pertama,” katanya.

Tengku Zafrul yang juga Menteri kewangan turut mengesahkan bahawa sebanyak 735 kluster tempat kerja dikesan sepanjang tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lalu membabitkan 60,000 kes termasuk 373 kluster subkategori penggilangan atau 50.7 peratus daripada keseluruhan kes dicatatkan.

“Jumlah kluster adalah yang tertinggi dengan 350,642 kes positif dicatatkan. Penetapan kluster ditetapkan bagi mengenal pasti lokasi dan lokaliti supaya tindakan bersasar pencegahan dan kawalan penularan COVID-19 dapat di ambil dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Menurut beliau, kontrak tersebut ditawarkan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran, selepas mereka melengkapkan tempoh khidmat wajib.

“Perdana Menteri pada 23 Julai mengumumkan antara lain bersetuju sebagai langkah penyelesaian segera di mana pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan pengajian dan kepakaran.

“Perdana Menteri juga telah  mengarahkan KKM dan agensi berkaitan merangka pelan komprehensif untuk tindakan segera jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memulihkan hala tuju dan perkhidmatan perubatan,” katanya. Oleh – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.