Kes kematian meningkat walaupun kes harian menurun

12

26 JULAI : Biarpun kes jangkitan harian COVID-19 menurun hari ini, namun jumlah kes kematian pula meningkat sebanyak 207 kes, rekod tertinggi kes kematian setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga meningkat berbanding semalam.

“Jumlah kematian 207 (tertinggi setakat ini), menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 8,201.

“Kes ICU  juga meningkat 39 pesakit menjadikan hari ini 1,009 kes. Jumlah yang memerlukan bantuan alat pernafasan juga meningkat 23 pesakit menjadikan 524 kes hari ini,” ujarnya menerusi Facebook rasminya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.