Hishammuddin ambil alih tugas umum SOP PKP

150

26 JULAI: Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein akan mengambil alih tugas mengumumkan penguatkuasaan serta prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

“Seperti yang semua maklum, Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan) apabila saya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai Menteri Kluster Keselamatan yang baharu, maka beliau akan mengambil alih tugas yang saya laksanakan sebelum ini berkenaan COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.