Malaysia Lepasi Sejuta Kes COVID-19

35

25 JULAI: Malaysia merekodkan 17,045 kes baharu jangkitan COVID-19 iaitu jumlah tertinggi dicatatkan sejak penularan COVID-19 di negara ini sekali gus melepasi angka sejuta kes keseluruhan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif keseluruhan kes harian kini ialah sebanyak 1,013,438 kes. 

Menurut beliau, Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 8,500 kes hari ini yang merekodkan peningkatan ketara berbanding semalam iaitu 7,551 kes.

“Selain Selangor, 10 negeri juga turut mencatatkan peningkatan iaitu Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Melaka (631), Perak (609), Pulau Pinang (573), Pahang (424), Sarawak (407), Terengganu (273), dan Perlis (10). 

“Hanya Kuala Lumpur (2,045), Negeri Sembilan (513), Kelantan (266), Putrajaya (50), dan Labuan (21) yang merekodkan penurunan kes setakat tengah hari tadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.