Long Tiger jalani kuarantin, pendakwaan ditangguh

12

25 JULAI: Pendakwaan Long Tiger, lelaki berketurunan Rohingya di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini ditangguhkan berikutan dia perlu menjalani kuarantin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

Katanya, keadaan itu menjadi alasan pendakwaan yang sepatutnya dijalankan pada hari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

“Pendakwaan ke atas Long Tiger tidak dapat dibuat hari ini setelah dia perlu dikuarantin kerana ada kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 Julai lalu, Long Tiger dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya yang berusia 21 tahun.

Long Tiger direman empat hari bermula 13 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menggugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung dengan salah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.