Cegah ‘Tokan’ Dadah Di Media Sosial

16

25 JULAI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius masalah dadah dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam golongan muda.

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata dadah menyebabkan banyak masalah sosial seperti jenayah jalanan, kerapuhan institusi rumah tangga dan sebagainya. 

Justeru, beliau menegaskan KPLB akan bersama-sama semua pihak mengambil tanggungjawab untuk mencegah dan menangani masalah tersebut dari akar umbi.

“Pada zaman teknologi ini, banyak pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan platform media sosial untuk memperkenalkan dan menjual dadah kepada golongan muda. 

ABD LATIFF

“Walaupun kita sedang mendepani cabaran pandemik COVID19, pentingnya kesedaran tentang isu masyarakat khususnya di luar bandar. 

“Perkara ini perlu kerana bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat di luar bandar,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas dijemput bagi menyampaikan ucaptama sempena Online Simposium Cabaran Pelencongan Sosial Di Luar Bandar, hari ini.

Dalam pada itu, Abd Latiff menyeru semua pihak agar bersama-sanma berganding bahu, terutamanya ibu bapa dalam memantau aktiviti dalam talian anak-anak untuk mencegah mereka daripada terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.

“Saya berharap usaha untuk menarik perhatian institusi keluarga dalam melakukan penyelesaian terhadap penyalahgunaan dadah di peringkat awal akan membuahkan hasil,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.