Afganistan kuat kuasa perintah berkurung malam

29

25 JULAI: Serangan Taliban yang semakin kerap membuatkan pihak berkuasa Afghanistan menguatkuasakan perintah berkurung malam di 31 daripada 34 wilayahnya bermula malam tadi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, tindakan itu untuk mengekang kemaraanTaliban dalam tempoh beberapa bulan ini ekoran kejayaan mereka mengawal pintu sempadan, puluhan daerah dan ibu kota wilayah sejak awal Mei.

“Untuk membendung keganasan dan mengekang pergerakan Taliban, perintah berkurung pada waktu malam dikuatkuasa di 31 wilayah seluruh negara kecuali di Kabul, Panjshir dan Nangarhar,” menurut kenyataan kementerian itu.

Jurucakap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zia Zia berkata perintah berkurung itu dilaksanakan bermula jam 10 malam hingga 4 pagi waktu tempatan.

Dengan pengunduran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS), kebangkitan Taliban menyaksikan mereka kini menguasai kira-kira separuh daripada 400 daerah di Afghanistan.

https://c94b3aae8928cef29e23130c3069c242.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Serangan diteruskan selepas reda pada minggu sambutan Aidiladha dengan pihak berkuasa mendakwa sudah membunuh lebih 260 pejuang Taliban dalam tempoh 24 jam di beberapa wilayah.

Khamis lalu, Jurucakap Pentagon, John Kirby, berkata berikutan peningkatan pertempuran sejak beberapa minggu lalu, pihak tentera AS diminta melancarkan serangan udara bagi menyokong tentera Afghanistan menentang serangan Taliban.

Sementara itu, pakar menyatakan kekurangan sokongan AS sejak Mei lalu terhadap pihak berkuasa Afghanistan di lapangan adalah faktor utama kerajaan kehilangan banyak wilayah kepada Taliban.

Taliban semalam memberi amaran kepada tentera AS supaya tidak melakukan serangan udara.

“Ia secara jelas adalah perlanggaran terhadap perjanjian yang sudah dipersetujui dan akan menerima akibatnya,” menurut Taliban dalam satu kenyataan, merujuk kepada perjanjian penting antara mereka dengan Washington tahun lalu.

Taliban turut memberi amaran kepada kerajaan Afghanistan supaya tidak melancarkan sebarang serangan, sekali gus menegaskan kumpulan itu akan menyerang dan tidak hanya bertahan sekiranya diserang.

Sebelum ini, Taliban menyatakan bahawa pejuang kumpulan itu berada pada kedudukan pertahanan sebagai menghormati sambutan Aidiladha yang berakhir Khamis lalu.

Awal minggu ini, Pengerusi Gabungan Ketua Kakitangan AS, Jeneral Mark Milley, berkata Taliban dilihat memiliki momentum strategik di medan perang.

Jelas beliau, dengan kumpulan itu meletakkan tekanan di separuh daripada wilayah negara berkenaan, tentera Afghanistan kini dalam proses menggabungkan kekuatan mereka untuk melindungi pusat bandar utama. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.