29 lokaliti di 5 negeri dilaksanakan PKPD Selasa ini

23

25 JULAI: Sebanyak 29 lokaliti di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Sabah dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua lokaliti itu dikenakan PKPD selama 14 hari hingga 9 Ogos depan, setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, pelaksanaan PKPD di sembilan lokaliti di Sabah dan Selangor akan ditamatkan, manakala satu PKPD di sebuah kampung di Kelantan akan dilanjutkan.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.