Perancis dakwa bunuh dua pemimpin Daesh di Mali

9

24 JULAI : Perancis mendakwa tenteranya berjaya membunuh dua pemimpin kanan kumpulan Daesh di Great Sahara (ISGS) di Mali semalam.

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, berkata, dua pemimpin Daesh itu terbunuh dalam serangan yang diselaraskan dengan Amerika Syarikat (AS) itu mensasarkan sebuah kem di wilayah Manaka di barat Afrika, bermula dari tengah malam Rabu hingga Khamis.

“Kedua-duanya yang terbunuh itu, penyelaras logistik dan kewangan ISGS, Issa al-Sahraoui dan Abu Abderahman al-Sahraoui yang bertanggung jawab mengeluarkan keputusan.

“Issa al-Sahraoui menyertai dalam serangan pada Disember 2019 di barat Niger yang mengorbankan 71 tentera negara itu.

“Serangan terhadap kem yang menjadi tempat tinggal kedua-duanya tinggal itu, diperintah dalam waktu yang sangat singkat berdasarkan risikan,” katanya.

Kementerian Pertahanan Perancis dalam pada itu berkata, serangan menunjukkan tekad negara tersebut untuk terus memerangi kumpulan pengganas bersenjata.

Katanya, Paris merancang untuk mengurangkan kehadiran ketenteraannya selepas lapan tahun di wilayah Sahel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.