Malaysia catat kes kematian kedua tertinggi hari ini

26

24 JULAI : Malaysia hari ini mencatatkan jumlah kes kematian sebanyak 184 kes dalam tempoh 24 jam, angka kedua tertinggi selepas 199 kematian pada 21 Julai lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 7,902 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 87 kes, diikuti oleh Kedah sebanyak 17 kes dan Pahang sebanyak 16 kes.

“Manakala 15 kes lagi di Negeri Sembilan, 13 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan kes di Sabah, tujuh  kes di Melaka, enam kes di Pulau Pinang, tiga  kes di Terengganu dan dua kes di Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan harian COVID-19 hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pecahan kategori bagi jumlah kes positif hari ini ialah sebanyak 260 kes dikategorikan tahap 5, 129 kes terdiri daripada kategori 4 dan127 kes pula adalah dikategori 3.

“Sebanyak  6,901 kes berada di kategori 2 dan 8,485 kes adalah di kategori 1. Keseluruhannya, sebanyak 3.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5” ujarnya.

Manakala kata Dr Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah sebanyak 950 kes, di mana 468 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Berkenaan kluster baharu pula, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesan sebanyak 27 lagi kluster menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah sebanyak 3,418 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyaj 2,442 kluster telah pun tamat manakala 976 kluster masih lagi kekal aktif,”ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.