Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia hampiri angka sejuta

33

24 JULAI : Negara mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 15,902 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 terus meningkat kepada 996,393 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya, Selangor terus kekal menjadi penyumbang utama pertambahan kes COVID-19, iaitu sebanyak 7,351 kes dan diikuti Kuala Lumpur dengan 2,460 kes.

“Kedah mencatatkan dengan 867 kes baharu, Johor (804); Sabah (712); Perak (469); Melaka (631); Negeri Sembilan (625); Pulau Pinang (505); Kelantan (502); Pahang (406); Terengganu (267) dan Sarawak (261).

“Turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Putrajaya dengan 59 kes, Labuan (30) dan Perlis (tujuh),” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.