76 disahkan maut insiden banjir lumpur di Mumbai

23

24 JULAI : 76 orang disahkan terbunuh manakala puluhan lagi masih hilang ekoran insiden kejadian tanah runtuh di Mumbai hari ini.

Hujan lebat melanda daerah Raigad, selatan Mumbai mengakibatkan tanah runtuh yang memusnahkan puluhan rumah di kawasan terbabit.

Banjir lumpur  yang melanda susulan hujan lebat itu menyebabkan runtuhan bangunan yang teruk membuatkan pasukan mencari dan menyelamat sukar menemui mangsa yang masih hidup.

Menurut pihak berkuasa Mumbai, setakat ini 45 orang menjadi korban akibat tanah runtuh di tiga kawasan di daerah terbabit dan usaha menyelamat masih diteruskan.

Kira-kira 53 orang hilang yang dikhuatiri tertimbus dalam lapisan lumpur susulan tragedi itu.

Pasukan tentera darat dan udara berusaha menyelamatkan penduduk yang terkandas akibat banjir, bagaimanapun usaha itu terhalang berikutan tragedi itu memusnahkan jalan, terutama lebuh raya di antara Mumbai dan Goa.

Khamis lalu, aras banjir dilaporkan meningkat 3.5 meter di kawasan Chiplun, iaitu bandar yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Mumbai, selepas hujan tanpa henti selama 24 jam menyebabkan sungai Vashishti melimpahi menenggelamkan jalan dan rumah.

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran merah untuk beberapa wilayah di negeri ini, dengan ramalan menunjukkan hujan lebat akan berterusan untuk tempoh beberapa hari.

Banjir dan tanah runtuh perkara biasa ketika musim monsun berbahaya di India antara Jun dan September, sehingga ada yang mengakibatkan bangunan serta tembok konkrit runtuh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.