TMJ gelar Syed Saddiq ‘drama queen’

370

23 JULAI: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggelar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai bagi melunaskan wang ikat jaminnya berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya malam tadi dengan baginda menyatakan bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian Rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” titahnya.

Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, Syed Saddiq, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Sebelum itu, Syed Saddiq dalam sesi siaran langsung memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman tersebut.

Syed Saddiq mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti, ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana COVID-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.