Hospital Sungai Buloh Nafi Caj Pengurusan Jenazah

43

22 JULAI: Dakwaan Hospital Sungai Buloh mengenakan caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 hingga RM9,000 seperti yang ditularkan baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali. 

Perkara ini dinafikan sendiri oleh Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur Prem Singh yang memaklumkan pihak Jabatan Forensik hospital itu tidak terbabit sama sekali dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

“Untuk makluman, Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hanya terbabit dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah daripada wad hingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah COVID-19 dan bukan COVID-19 sahaja.

“Pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terbabit dalam mengenakan caj kepada waris si mati sebaliknya semua waris perlu berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media, lewat malam tadi. 

Terdahulu, satu visual menerusi satu mesej suara dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mencecah hingga RM9,000.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.